Saturday, August 17, 2024

Siapakah Luqman Al-Hakim ? Part 1

                                  Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba kepada seorang kaya yang telah mendapat sanjungan dan pujian daripada Allah. Nasihat-nasihat  yang diberikan kepada anaknya telah diwahyukann oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w . Nasihatnya itu terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Ianya menjadi perintah Allah yang patut kita pelajari dan taati. Nasihat-nasihatnya umpama butir-butir mutiara yang sangat berharga kepada kaum muslimin, terutama anak-anak sebagai generasi muslimin di masa akan datang.
 Namanya yang sebenar ialah Luqman. Al-Hakim itu ialah gelarannya. Perkataan Al-Hakim berasal dari perkataan  "Al-Hikmah" yang bererti bijaksana dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Akhlaknya sesuai dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Beliau sangat mencintai Allah dan taat kepada-Nya setiap masa. Beliau takut untuk melakukan perbuatan yang dilarangoleh Allah dan tidak pernah lupa untuk memuji serta bersyukur kepada Allah.
 Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang Luqman Al-Hakim di dalam hadisnya. Seorang perawi hadis yang bernama At-Tabrani  meriwayatkan bahawa tiga orang sudan (berkulit hitam) yang menjadi penghulu di syurga ialah Luqman Al-Hakim, An-Najasyi dan Bilal. An-Najasyi ialah raja negeri Habsyah yang telah memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negerinya.Bilal ialah tukang azan atau muazzin Rasulullah s.a.w .
 Pada suatu hari Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing.Tuannya meminta Luqman mengeluarkan dua keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman mengeluarkan lidah dan dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya.

 Kemudian pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi untuk menyembelih sesekor kambing.  Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing . Beliau memasak dan menghidangkannya. Tuannya merasa hairan dengan perbuatan Luqman itu.Lalu dia memanggil dan bertanya  kepada Luqman :
     "Wahai Luqman,bila saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati .Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkandua keping daging yang menjijikan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga.Bolehkah engkau terangkan apakah maksudmu ?

No comments:

Post a Comment

"اقراء" Bacalah

 Jika kelapangan, bacalah "اقراء" Sebaik-baik pelajari itu adalah ilmu "Tauhid" Ingin Allah berbicara denganmu, baca ...