Surah al- alaq, ayat 1 (bacalah)
Allah S.W.T telah menurunkan malaikat jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w dan menyuruh Nabi Muhammad s.a.w itu baca (Iqra').
Nabi Muhammad s.a.w itu buta yakni buta huruf tidak tahu membaca. Orang kafir itu mengganggap Nabi Muhammad s.a.w itu gila.
Mengapa?
Dalam surah al-baqarah, Allah telah memberitahu bahawa Allah itu menutup dan kunci hati mereka. Mereka tetap tidak akan beriman.
Semoga kita tidak menjadi bodoh (baladah) seperti kaum jahiliyyah terdahulu.
Kitab al-qur'an adalah kitab untuk seluruh umat manusia.
Terdahulu ada kitab; injil, zabur, taurat dan hingga kini al-qur'an.
Semua kitab-kitab terdahulu yang benar itu telah diputar belitkan oleh kaum kafir itu sendiri. Allah berkata; Aku jadikan dunia ini seperti syurga buat orang kafir dan penjara buat orang islam. Beruntunglah orang islam yang memohon kebaikan didunia dan doakhirat. Orang islam yakni umat islam beriman akan peroleh syurga diakhirat dan orang kafir tidak beriman peroleh neraka diakhirat.