Saturday, August 17, 2024

Siapakah Luqman Al-Hakim ? Part 1

                                  Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba kepada seorang kaya yang telah mendapat sanjungan dan pujian daripada Allah. Nasihat-nasihat  yang diberikan kepada anaknya telah diwahyukann oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w . Nasihatnya itu terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Ianya menjadi perintah Allah yang patut kita pelajari dan taati. Nasihat-nasihatnya umpama butir-butir mutiara yang sangat berharga kepada kaum muslimin, terutama anak-anak sebagai generasi muslimin di masa akan datang.
 Namanya yang sebenar ialah Luqman. Al-Hakim itu ialah gelarannya. Perkataan Al-Hakim berasal dari perkataan  "Al-Hikmah" yang bererti bijaksana dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Akhlaknya sesuai dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Beliau sangat mencintai Allah dan taat kepada-Nya setiap masa. Beliau takut untuk melakukan perbuatan yang dilarangoleh Allah dan tidak pernah lupa untuk memuji serta bersyukur kepada Allah.
 Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang Luqman Al-Hakim di dalam hadisnya. Seorang perawi hadis yang bernama At-Tabrani  meriwayatkan bahawa tiga orang sudan (berkulit hitam) yang menjadi penghulu di syurga ialah Luqman Al-Hakim, An-Najasyi dan Bilal. An-Najasyi ialah raja negeri Habsyah yang telah memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negerinya.Bilal ialah tukang azan atau muazzin Rasulullah s.a.w .
 Pada suatu hari Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing.Tuannya meminta Luqman mengeluarkan dua keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman mengeluarkan lidah dan dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya.

 Kemudian pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi untuk menyembelih sesekor kambing.  Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing . Beliau memasak dan menghidangkannya. Tuannya merasa hairan dengan perbuatan Luqman itu.Lalu dia memanggil dan bertanya  kepada Luqman :
     "Wahai Luqman,bila saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati .Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkandua keping daging yang menjijikan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga.Bolehkah engkau terangkan apakah maksudmu ?

Thursday, June 22, 2023

AKAN DATANG PADA AKHIR ZAMAN PEMIMPIN YANG ZALIM, MENTERI YANG FASIK DAN HAKIM YANG MENIPU

 “Ali bin Muhammad al-Thaqafi al-Baghdadi telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata: Mu’awiyah bin al-Haitham bin al-Rayyan al-Khurasani telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Daud bin Sulaiman al-Khurasani telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Abdullah bin al-Mubarak telah menceritakan kepada kami. Beliau meriwayatkan daripada Sa’id Bin Abu ‘Arubah daripada Qatadah daripada Sa’id Bin al-Musayyib daripada Abu Hurairah RA. Beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasik, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai,  penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”


“Abu Al-Qasim al-Azhari telah memberitahu kepada saya. Beliau berkata : Ali bin Muhammad bin Lu’lu al-Warraq telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Mughirah, jiran kepada Ibn al-Akfani telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Abdullah bin Ahmad bin Syabbawaih al-Marwazi telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Daud bin Sulaiman al-Marwazi telah memberitahu kepada kami. Beliau berkata : Abdullah bin al-Mubarak telah menceritakan kepada kami. Beliau meriwayatkan daripada Sa’id Bin Abu ‘Arubah daripada Qatadah daripada Sa’id bin al-Musayyib daripada Abu Hurairah. Beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Akan datang pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasik, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat hidup di zaman mereka, jangan dia menjadi wakil, pengutip cukai, orang yang menjaga perbendaharaan dan juga penguasa bagi pihak mereka.”


Sumber: 

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 524 : AKAN DATANG PADA AKHIR ZAMAN PEMIMPIN YANG ZALIM, MENTERI YANG FASIK DAN HAKIM YANG MENIPU

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4856-irsyad-al-hadith-siri-ke-524-akan-datang-pada-akhir-zaman-pemimpin-yang-zalim-menteri-yang-fasik-dan-hakim-yang-menipu

Tuesday, March 7, 2023

Sabar itu separuh daripada iman


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ(١٥٥ )


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.



وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Maksudnya: “Dan bersabarlah kamu dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mana mereka mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia. Dan janganlah kamu taat kepada orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi peringatan Kami di dalam al-Qur’an serta menurut hawa nafsunya. Di samping tingkah-lakunya pula melampaui kebenaran”. [al-Kahfi:28]





يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. [Riwayat al-Tirmizi (2260)] [Hadith ini sahih dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya]


إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]



Thursday, June 10, 2021



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hebahan kepada adik-adik, yang ada adik-adik/saudara mara yang kurang berkemampuan untuk sambung pelajaran di peringkat Universiti.
UiTM menawarkan PPT kepada lepasan SPM.
Boleh pm saya jika ada sebarang pertanyaan.
Selamat Maju Jaya Semua.
Daripada: Nadhirah Binti Sallehuddin


 

Thursday, June 3, 2021

 Assalamualaikum w.b.t ,

Putera-puteri yang dirahmati Allah sekalian, menuju arus kemodenan, pelbagai ancaman agama Islam dari pelbagai pihak, Disini ana ingin memberi tips/ atau pandangan, antum boleh juga memberi pandangan dan pendapat di ruangan komen dibawah Pastikan majalah/akhbar/ maklumat yang antum dapat bertepatan dan sahih . Perhatikan dan baca secara teliti dahulu sebelum disebarkan 1) agama Islam di Malaysia - mazhab imam syafi'e 2)Aqidah yang mengikut sandaran al-qur'an dan hadis 3)Ahli sunnah wal-jamaah 4) Peringatan memperingati peristiwa-peristiwa dalam islam terlalu banyak cabang disudut pelbagai pendapat, dinasihatkan supaya tidak bercanggah dalam islam. Jika antum ingin bercerita, ana memberi pendapat : a) ceritakanlah/sampaikanlah ayat al-qur'an walaupun satu ayat, akan tetapi perlu berilmu. 'Orang yang tidak memiliki sesuatu, tidak dapat memberi sesuatu itu' . Dengan adanya ilmu yang sahih dan diamalkan, dapatlah berkongsi. kerana sepotong ayat antum yang tidak sahih, bahkan meragukan orang lain, diamalkan pula oleh mereka yang turut berasa ianya benar, ini adalah salah satu punca dosa antum bertambah dan memesongkan aqidah. b) Dibenarkan cerita mengenai Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w dan khalifah-khalifah ar-rasyidin, akan tetapi tidak terlalu megahkan mereka. Ini kerana, Allah itu lebih Besar dan Maha Berkuasa. 5) Carilah rujukan pendapat ulama' dan mufti 6) Jangan terlalu mempercayai 100% tulisan/karangan/ayat-ayat orang luar tanpa sumber rujukan 7) Belajarlah kitab secara berguru dari usia muda hingga ke usia tua di masjid/madrasah/majlis ilmu. 8) Jangan membaca sebarang kitab tanpa berguru, kerana kesalahfahaman kita boleh memesongkan aqidah kita dan orang lain. 9) Bertuturlah menggunakan ayat yang bersesuaian bukan secara emosi. Islam telah mengajarkan kita pelbagai perkara, maka praktikanlah. 10) Pelajarilah dan ceburilah bidang-bidang yang termasyhur pada zaman kegemilangan Islam. contohnya, bidang la-farabi, ibnu sina, al-khawarizmi, ibnu batuta dan sebagainya. 11) Jangan putus asa berdakwah, walaupun diancam bahaya, walaupun direndahkan, walau apa pun terjadi dalam kehidupan antum. ~ Yang kurang dari Ana, Yang baik datang dari Allah , Ana doakan antum dikurniakan kesejahteraan hidup, kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih baik, dilidungi dan diselamatkan dari malapetaka, dan wabak bencana ~

Jadilah diri sendiri